awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai PBB kata Israel jadikan Gaza 'neraka di dunia'

Bernama
Bernama
17/06/2024
23:00 MYT
Pegawai PBB kata Israel jadikan Gaza 'neraka di dunia'
Griffiths menyatakan infrastruktur di Semenanjung Gaza telah mengalami kerosakan yang teruk dan terdapat pempolitikan bantuan di tengah-tengah penularan kelaparan dan penyakit dalam kalangan orang awam. - Foto fail/REUTERS
NEW YORK: Ketua Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Martin Griffiths, berkata bahawa pengeboman Israel di Gaza sejak 7 Oktober 2023 telah menjadikan sektor yang dikepung itu sebagai neraka di dunia.
Griffiths berkata dalam satu kenyataan pada Isnin bahawa penyaluran bantuan kemanusiaan kepada penduduk Semenanjung Gaza yang berada di ambang kebuluran adalah hampir mustahil, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Beliau menyatakan infrastruktur di Semenanjung Gaza telah mengalami kerosakan yang teruk dan terdapat pempolitikan bantuan di tengah-tengah penularan kelaparan dan penyakit dalam kalangan orang awam.
Beliau juga menegaskan bahawa petugas kemanusiaan dan PBB di Gaza telah terbunuh dalam jumlah yang tidak munasabah.
Ketua Hal Ehwal Kemanusiaan PBB itu berkata senjata terus memasuki Israel dari Amerika Syarikat dan negara-negara lain walaupun terdapat kesan dahsyat serangan terhadap orang awam di Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Israel
#Gaza
#neraka
#kebuluran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan