awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejabat Migrasi Jerman juga beri amaran tentang suspek Magdeburg

Bernama
Bernama
22/12/2024
15:45 MYT
Pejabat Migrasi Jerman juga beri amaran tentang suspek Magdeburg
Pejabat Migrasi dan Pelarian Jerman (BAMF) memaklumkan bahawa pihaknya menerima maklumat tahun lepas mengenai lelaki yang didakwa menyerang pasar Krismas di bandar Magdeburg, menyebabkan lima orang terbunuh. - Gambar fail/AP
BERLIN: Pejabat Migrasi dan Pelarian Jerman (BAMF) memaklumkan bahawa pihaknya menerima maklumat tahun lepas mengenai lelaki yang didakwa menyerang pasar Krismas di bandar Magdeburg, menyebabkan lima orang terbunuh, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Amaran itu diterima melalui saluran media sosial pada penghujung musim panas 2023, menurut kenyataan pihak berkuasa di platform X.
"Seperti mana-mana maklumat lain, amaran ini diambil serius," menurut pejabat migrasi dalam hantarannya.
Memandangkan pejabat migrasi bukan badan penyiasatan, pemberi maklumat telah dirujuk terus kepada pihak berkuasa berkaitan, menurut kenyataan itu.
Tangkapan layar yang kini tersebar dalam talian menunjukkan mesej daripada individu yang memberi amaran kepada pejabat migrasi tentang suspek, Taleb A.
Kesahihan tangkapan layar itu tidak dapat disahkan pada peringkat awal.
Taleb A, yang identitinya dilindungi oleh undang-undang privasi Jerman, didakwa pada Ahad atas pelbagai tuduhan termasuk pembunuhan, cubaan membunuh dan tuduhan lain.
Suspek didakwa menggunakan laluan kecemasan yang tidak terhalang untuk memandu laju melalui pasar Krismas pada malam Jumaat, melanggar orang ramai pada kelajuan tinggi. Empat wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun terbunuh manakala 200 lagi cedera, menurut pihak berkuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pejabat Migrasi Jerman
#magdeburg
#amaran
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan