awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejabat Presiden Indonesia di Nusantara siap 38 peratus

Bernama
Bernama
22/09/2023
08:44 MYT
Pejabat Presiden Indonesia di Nusantara siap 38 peratus
Jokowi naik ke tingkat atas bangunan itu dan secara simbolik meletakkan struktur modul pertama Garuda yang berperanan sebagai simbol bangunan itu. - Instagram Jokowi
JAKARTA: Pembinaan pejabat presiden Indonesia di ibu negara baharunya, Nusantara di Pulau Borneo, kini siap 38 peratus, kata Presiden Joko Widodo.
Presiden itu melawat tapak pembinaan bangunan itu hari ini yang memaparkan reka bentuk burung Garuda dengan sayap melebar, di Kabupaten Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur.
Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi, naik ke tingkat atas bangunan itu dan secara simbolik meletakkan struktur modul pertama Garuda yang berperanan sebagai simbol bangunan itu.
Menurut Jokowi, pelbagai projek infrastruktur di ibu negara baharu itu berjalan lancar seperti yang dirancang, termasuk pejabat presiden, istana presiden, dan bangunan kementerian, yang kesemuanya berjalan mengikut jadual.
View this post on Instagram
A post shared by Joko Widodo (@jokowi)
Pegawai Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Rakyat Diana Kusumastuti berkata kementerian itu menyasarkan pemasangan 4,650 bilah Garuda selesai menjelang Mac 2024.
"Bangunan itu terdiri daripada 465 modul, dengan setiap satu mengandungi 10 bilah, yang akan dipasang bermula hari ini. Apabila siap, bangunan itu akan mempunyai lebar sayap 177 meter dan ketinggian 77 meter," katanya.
Indonesia memindahkan Ibu negaranya ke Nusantara di Kalimantan Timur di Pulau Borneo untuk mengurangkan masalah lalu lintas dan alam sekitar di Jakarta.
Langkah ini juga melambangkan peralihan dalam memusatkan kerajaan dan mengurangkan tumpuannya di Pulau Jawa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Joko Widodo
#Pejabat Presiden Indonesia
#Kabupatem Penajam Paser Utara
#Diana Kusumastuti
#nusantara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan