awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar maut, rakan parah diserang pencari suaka di Jerman

Agensi
Agensi
06/12/2022
22:30 MYT
Pelajar maut, rakan parah diserang pencari suaka di Jerman
Polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun dipercayai pencari perlindungan suaka dari Eritrea. -Pixabay
FRANKFURT: Seorang remaja 14 tahun terbunuh manakala rakannya yang berusia 13 tahun cedera parah selepas diserang seorang lelaki menggunakan pisau.
Memetik laporan BBC, kejadian berlaku ketika dua remaja itu sedang berjalan kaki ke sekolah di Illerkirchberg, Jerman.
Menurut polis, suspek dilaporkan keluar dari tempat perlindungan pelarian di kampung Illerkishberg pada Isnin pagi dan menyerang dua pelajar itu.
Remaja berusia 14 tahun itu disahkan meninggal dunia di hospital.
Difahamkan, polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun dipercayai pencari perlindungan suaka dari Eritrea.
Polis menemui pisau di sebuah bangunan berhampiran kejadian disyaki senjata yang digunakan dalam serangan itu.
Turut ditahan dua lelaki bagi membantu kes siasatan.
Suspek kini dalam tahanan polis dan sedang dirawat di hospital atas kecederaan yang tidak dapat dikenal pasti.
Polis dalam satu kenyataan menggesa orang awam supaya tidak menggunakan insiden itu untuk mencetuskan kecurigaan terhadap orang asing atau pencari suaka.
"Segala yang berkaitan tidak jelas setakat ini," kata jurucakap polis Wolfgang Juergens.
Illerkirchberg merupakan sebuah bandar kecil dengan populasi penduduk kurang daripada 5,000 mengikut bancian dilakukan pada 2015.
Datuk Bandar Markus Haeussler berkata penduduk di sana masih terkejut dengan kejadian itu.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Jerman Nancy Faeser mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mangsa terselamat segera sembuh.
"Saya bersedih dengan gadis yang dibunuh dan dengan tulus berharap bahawa gadis yang cedera itu akan pulih.
"Polis sedang menyiasat secara terperinci," tulis beliau dalam ciapan di Twitter.
Topic Berkaitan
#kes tikam pelajar
#pencari perlindungan suaka
#tempat perlindungan pelarian
#Illerkirchberg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan