awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon telenovela ditembak mati ketika jemput anak dari latihan bola sepak

Gempak
Gempak
18/12/2021
13:56 MYT
Pelakon telenovela ditembak mati ketika jemput anak dari latihan bola sepak
Pada 2010, Mendoza pernah diculik bersama suami, Rafael Sanchez Rojas, dan anak lelakinya yang baru berusia enam bulan ketika itu dari sebuah pusat cuci kenderaan. Sejak itu dia kerap menerima ancaman bunuh. - Twitter@PerdomoArcenio
PELAKON telenovela dan penyanyi Mexico, Tania Mendoza, meninggal dunia apabila ditembak ketika sedang menunggu anaknya yang berusia 11 tahun tamat latihan bola sepak pada Selasa.
Mendoza, 42, yang sedang menanti anaknya di kompleks sukan didatangi dua lelaki bersenjata dengan membonceng motosikal dan terus menembak mangsa bertubi-tubi, lapor BBC.
Mendoza pernah popular pada 2005 menerusi filem La Mera Reyna del Sur dan pernah membintangi beberapa soap opera sebelum melebarkan sayap dalam dunia nyanyian dan memiliki lima buah album.
Pada 2010, Mendoza pernah diculik bersama suami, Rafael Sanchez Rojas, dan anak lelakinya yang baru berusia enam bulan ketika itu dari sebuah pusat cuci kenderaan. Sejak itu dia kerap menerima ancaman bunuh.
Pihak berkuasa tempatan masih menyiasat punca dan motif pembunuhan Mendoza namun sehingga kini belum ada penangkapan dibuat.
Topic Berkaitan
#tania mendoza
#pelakon telenovela
#Mexico
#mati ditembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan