awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong ukir nama teman wanita di Colosseum cetus kemarahan

Bernama
Bernama
27/06/2023
06:20 MYT
Pelancong ukir nama teman wanita di Colosseum cetus kemarahan
Laporan media Itali mencadangkan bahawa suspek yang tidak diketahui boleh dikenakan denda yang tinggi jika ditangkap. - Gambar/ Media sosial
ROM: Seorang pelancong mengukir nama teman wanitanya di tapak bersejarah Colosseum di sini, sehingga mencetuskan kemarahan di media sosial dan menteri kebudayaan Itali pada Isnin selepas klip perbuatan itu tular, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) .
"Ia amat memalukan dan tanda kekurangan budaya yang besar apabila pelancong merosakkan satu daripada tempat paling terkenal di dunia, tempat warisan bersejarah," kata Menteri Kebudayaan Gennaro Sangiuliano.
Sangiuliano turut berharap agar pelakunya ditemui dan dihukum.
Beberapa tahun lalu, seorang pelancong Rusia didenda EUR20,000 (US$21,800) atas perbuatan serupa. Laporan media Itali mencadangkan bahawa suspek yang tidak diketahui boleh dikenakan denda yang sama jika ditangkap.
Dibina pada abad pertama Masihi, Colosseum ialah amfiteater terbesar di dunia, mercu tanda Rom dan tarikan pelancong utama. Tapak bersejarah itu menarik kunjungan satu juta pelawat setiap tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Colosseum
#ukir nama kekasih
#Tular
#netizen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan