awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin kanan China Bo Xilai dijatuhi hukuman penjara seumur hidup

Astro Awani
Astro Awani
22/09/2013
09:49 MYT
Pemimpin kanan China Bo Xilai dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Mahkamah Jinan di China mendapati ahli politik Bo Xilai bersalah atas tuduhan rasuah dan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atasnya.
Bo Xilai bekas ketua bahagian bandar Chingqing dalam Parti Komunis China didapati bersalah menerima suapan, melakukan penipuan dan menyalahgunakan kuasa.
Selain hukuman penjara seumur hidup kerana tuduhan rasuah, Bo Xilai dikenakan penjara 15 tahun atas tuduhan penipuan dan tujuh tahun lagi bagi kesalahan menyalahgunakan kuasa.
Sebelum ini, isterinya didakwa terlibat dalam pembunuhan seorang ahli perniagaan Britain.
Manakala pembantu kanannya cuba mengkhianat dengan menyalurkan maklumat sulit kepada konsulat Amerika Syarikat.
Kes yang menimpa Bo Xilai diikuti rapat oleh pelbagai pihak di dalam dan luar China.
Kalangan warga tempatan menyifatkan kes dan sabitan ke atas Bo Xilai sebagai kempen berterusan kerajaan pimpinan sekarang membasmi rasuah.
Bo Xilai merupakan antara pemimpin kanan China yang dibicarakan sejak bekas Ketua Parti Shanghai, Chen Lianyu pada 2008.
Topic Berkaitan
#bo xilai
#Parti Komunis China
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan