awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump luah kekecewaan terhadap NATO, Rutte memahami
Bank Dunia naikkan unjuran pertumbuhan 2026 Malaysia kepada 4.4 peratus
Lonjakan harga bahan api jet dijangka cetus penggabungan syarikat penerbangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk dipindahkan akibat kebakaran hutan dekat Izmir, Turkiye

Bernama
Bernama
30/06/2025
13:12 MYT
Penduduk dipindahkan akibat kebakaran hutan dekat Izmir, Turkiye
Kebakaran berlaku di tiga lokasi sepanjang garisan sejauh 12 kilometer di kawasan luar bandar Izmir. - Reuters
ISTANBUL: Pasukan bomba berdepan cabaran memadamkan beberapa kebakaran yang marak akibat tiupan angin kencang dan merebak ke kawasan penempatan berhampiran wilayah barat Turkiye, Izmir, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik pihak berkuasa.
Menteri Perhutanan Turkiye, Ibrahim Yumakli berkata pada Isnin, kebakaran berlaku di tiga lokasi sepanjang garisan sejauh 12 kilometer di kawasan luar bandar Izmir.
Seramai 21 orang terjejas akibat terhidu asap dan telah menerima rawatan, katanya, sambil menambah enam kawasan penempatan di Izmir telah dipindahkan.
Empat pesawat dan 14 helikopter telah dikerahkan untuk memadam kebakaran, manakala punca kebakaran masih belum diketahui, kata Yumakli.
Terdahulu, pasukan penyelamat bertungkus-lumus sepanjang malam untuk mengawal api, menurut agensi berita Anadolu.
Penyiar rasmi TRT melaporkan beberapa kereta musnah dalam kebakaran itu.
Penerbangan di Lapangan Terbang Izmir juga digantung sementara sebelum disambung semula, kata Anadolu.
Sementara itu, pasukan bomba turut berdepan kebakaran hutan di sekurang-kurangnya lima wilayah lain.
Turkiye telah berdepan kebakaran hutan besar-besaran terutamanya di sepanjang pantai Aegean dan Mediterranean dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Izmir
#penduduk dipindahkan
#kebakaran hutan
#lapangan terbang
#Turkiye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan