awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengalaman 'diserang zombi' jadi promosi guna pengangkutan awam

Astro Awani
Astro Awani
25/08/2022
04:30 MYT
Pengalaman 'diserang zombi' jadi promosi guna pengangkutan awam
Kerajaan Indonesia melancarkan perkhidmatan itu sebagai antara inisiatif menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam. -Instagram MRT Jakarta
JAKARTA: Mahu merasai pengalaman seram seperti dikejar zombi?
Menariknya, rakyat Indonesia kini berpeluang merasai pengalaman itu sambil menikmati keseronokan menaiki kereta api Train to Apocalypse.
Memetik laporan ETX Studio, kerajaan Indonesia baru-baru ini melancarkan perkhidmatan itu sebagai antara inisiatif menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.
Mereka yang berusia lebih 15 tahun dan mahu merasai pengalaman luar biasa itu boleh mendapatkan tiket dengan harga serendah 60,000 hingga 70,000 rupiah (RM18 hingga RM22), bermula 11 September depan.
Aksi yang diilhamkan seperti filem seram "Train to Busan" arahan pengarah dari Korea Selatan, Yeon Sang-ho itu boleh dirasai di Stesen North Boulevard di Kelapa Gading, Jakarta.
Menariknya, apabila tiba di stesen berkenaan, penumpang perlu melakukan 'transit' di mana mereka akan menyaksikan kelibat mayat bergelimpangan ditinggalkan di platform yang kemudiannya berdiri dan melakukan pelbagai aksi seram seperti zombi.
Kemudian akan muncul pula seorang 'pengawal keselamatan' yang cuba 'menyelamatkan' mereka daripada zombi berkenaan sebelum penumpang meneruskan perjalanan menaiki tren, di mana pelbagai kejutan lain menanti.
Antara lain, pengalaman luar biasa itu adalah bagi mempromosikan pengangkutan awam dalam kalangan golongan muda.
Pengalaman luar biasa ini mendapat perhatian orang ramai dan kini tular di seluruh dunia.
Topic Berkaitan
#Joko Widodo
#Train to Apocalypse
#Zombie
#pengangkutan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan