awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasas jenama teh Dilmah meninggal dunia pada usia 93 tahun

Agensi
Agensi
20/07/2023
13:03 MYT
Pengasas jenama teh Dilmah meninggal dunia pada usia 93 tahun
Fernando mendedikasikan hidupnya untuk teh, bekerja setiap hari sehingga berusia 91 tahun dan sentiasa peka sepanjang kerjayanya. - Gambar FB Dilmah Tea
COLOMBO: Pengasas jenama teh terkenal Dilmah, Merrill J Fernando dilaporkan meninggal dunia pada usia 93 tahun pada Khamis.
Memetik kenyataan syarikat di laman Facebook, Fernando, yang mengasaskan jenama Dilmah pada tahun 1985, meninggal dunia di ibu negara Sri Lanka, Colombo di samping anak-anak lelaki dan cucu-cucunya.
"Keistimewaan pengasas berwawasan jenama teh Dilmah ini terletak pada kepercayaan yang tiada tandingan, integriti dan kasih sayangnya terhadap teh dan keluarga," kata syarikat tersebut.
Tambah syarikat, Fernando mempunyai visi khas untuk menjadikan kehidupan orang lain lebih baik.
Anak lelaki mendiang yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Dilmah, Dilhan C Fernando berkata dalam satu temubual tahun lalu, mendiang bapanya merupakan pengilang asal teh tersebut.
"Beliau merupakan pengilang teh pertama yang berjaya mengatasi kolonialisme ekonomi yang masih dialami kerana teh kami dihantar hingga tahun 1980-an serta dihantar ke United Kingdom, United States dan sebagainya dalam kuantiti besar," katanya.
Dalam ucapannya, Dilmah menyatakan bahawa Fernando mendedikasikan hidupnya untuk teh, bekerja setiap hari sehingga berusia 91 tahun dan sentiasa peka sepanjang kerjayanya.
Topic Berkaitan
#Dilmah
#Merrill J Fernando
#Colombo
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan