awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghantaran TKI tertunda kerana masalah visa, dokumen - BP2MI

Bernama
Bernama
02/06/2022
22:31 MYT
Penghantaran TKI tertunda kerana masalah visa, dokumen - BP2MI
125 orang yang memenuhi syarat telah menjalani OPP semalam hasil koordinasi dengan Kementerian Ketenagakerjaan Indonesia. - Gambar hiasan
JAKARTA: Penundaan penghantaran 148 Tenaga Kerja Indonesia (TKI) untuk sektor perladangan Malaysia pada Selasa lalu berpunca masalah visa dan dokumen tidak lengkap.
Ketua Badan Perlindungan Pekerja Migran Indonesia (BP2MI) Benny Ramdhani berkata TKI memerlukan visa kerja sebagai satu daripada syarat ke negara penempatan tetapi visa dimiliki mereka bukan visa kerja.
Orientasi pra-pemberangkatan (OPP) juga belum dilaksanakan kerana dokumen belum memenuhi syarat perundangan, katanya sebagaimana dilaporkan Antara.
OPP adalah aktiviti memberikan maklumat kepada calon tenaga kerja yang akan mula bekerja ke luar negara agar mempunyai persiapan mental, pengetahuan mengenai hak dan kewajipannya.
BACA: Malaysia, Indonesia setuju laksana projek rintis pengambilan 10,000 pekerja domestik bulan depan
Semasa taklimat media, Benny turut menjelaskan 23 orang dari 148 tenaga kerja itu juga masih belum memenuhi syarat atau masih memerlukan dokumen lain untuk mengikuti OPP.
Bagaimanapun 125 orang yang memenuhi syarat telah menjalani OPP semalam hasil koordinasi dengan Kementerian Ketenagakerjaan Indonesia.
"Selepas OPP bolehkah mereka berlepas? Bukan bidang kuasa BP2MI tetapi Imigresen Indonesia," kata Benny.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekerja asing
#Sektor Perladangan
#Visa
#Tenaga Kerja Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan