awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengumuman Israel usir rakyat Palestin langgar piagam antarabangsa - GCC

Bernama
Bernama
25/03/2025
06:00 MYT
Pengumuman Israel usir rakyat Palestin langgar piagam antarabangsa - GCC
Pengumuman Israel adalah satu pelanggaran terang-terangan terhadap semua piagam, perjanjian dan undang-undang antarabangsa. - Gambar fail/ Reuters
RIYADH: Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Jasem Mohamed Albudaiwi, mengecam sekeras-kerasnya pengumuman pihak berkuasa Israel mengenai penubuhan sebuah agensi khas bagi mengusir rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Agensi itu meluluskan pengasingan 13 kawasan penempatan haram di Tebing Barat yang diduduki, sebagai langkah awal untuk mengesahkan mereka sebagai penempatan penjajah yang sah, menurut laporan itu.
Albudaiwi menegaskan bahawa pengumuman itu adalah satu pelanggaran terang-terangan terhadap semua piagam, perjanjian dan undang-undang antarabangsa, selain menjadi ancaman serius kepada keselamatan serta kestabilan rantau berkenaan.
Beliau turut menegaskan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi GCC kepada rakyat Palestin dalam menghadapi tindakan zalim serta menyalahi undang-undang oleh tentera Israel.
Dalam pada itu, Albudaiwi menekankan kepentingan untuk mencapai penyelesaian yang adil dan menyeluruh terhadap isu Palestin, demi menjamin kestabilan serantau.
Beliau juga menggesa pematuhan penuh terhadap ketetapan undang-undang antarabangsa serta prinsip penyelesaian dua negara berdasarkan sempadan 1967, yang menjamin penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#Palestin
#Israel
#pengusiran penduduk Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan