awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengunduran tentera AS dari Afghanistan berjalan lancar - Setiausaha Pertahanan

Astro Awani
Astro Awani
06/05/2021
22:40 MYT
Pengunduran tentera AS dari Afghanistan berjalan lancar - Setiausaha Pertahanan
Tegas Austin, tanpa sokongan tentera AS, pihak berkuasa Afghanistan akan berdepan kesukaran melawan pemberontak taliban. - REUTERS
WASHINGTON: Pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) dari Afghanistan yang bermula 1 Mei lepas berjalan lancar.
Menurut Setiausaha Pertahanan AS, Llyod Austin, pasukan tentera AS bersedia untuk proses tersebut.
Namun tegasnya, tanpa sokongan tentera AS, pihak berkuasa Afghanistan akan berdepan kesukaran melawan pemberontak taliban.
Ketika ini menurut Pentagon, AS masih belum membuat keputusan sama ada terus membantu tentera udara Afghanistan untuk kerja baik pulih, latihan dan penyelenggaraan.
Sebelum ini, Presiden Joe Biden mengumumkan semua tentera AS dan sekutu NATO akan berundur dari Afghanistan pada 11 September 2021.
Ketika ini, terdapat sekitar 2,500 ke 3,300 tentera AS di Afghanistan bergantung kepada operasi.
Militan taliban dilaporkan ditumpaskan beberapa bulan selepas pencerobohan tentera AS pada 2001.
Namun, selepas beberapa tahun, ia kembali mengukuhkan kedudukan dan masih menjadi ancaman.
Topic Berkaitan
#AS
#Taliban
#Afghanistan
#Amerika Syarikat
#militan
#tentera
#Llyod Austin
#tentera udara Afghanistan
#berundur dari Afghanistan
#Setiausaha Pertahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan