awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pentadbiran AS 'tekad' capai gencatan senjata antara Israel, Hamas - Blinken

Bernama
Bernama
01/05/2024
14:08 MYT
Pentadbiran AS 'tekad' capai gencatan senjata antara Israel, Hamas - Blinken
Blinken membuat kenyataan itu semasa pertemuannya dengan Presiden Israel Isaac Herzog ketika beliau memulakan perbincangan dengan pemimpin Israel. - Gambar Reuters/Evelyn Hockstein/Pool
ANKARA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Rabu berkata pentadbiran Amerika Syarikat (AS) "bertekad" untuk mencapai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas, lapor Agensi Anadolu (AA).
Blinken membuat kenyataan itu semasa pertemuannya dengan Presiden Israel Isaac Herzog ketika beliau memulakan perbincangan dengan pemimpin Israel.
"Walaupun dalam tempoh sukar ini, kami bertekad untuk mendapatkan gencatan senjata dan membawa pulang tebusan - dan untuk mendapatkannya sekarang," kata Blinken, menurut media Israel.
Diplomat tertinggi AS itu tiba pada Selasa di Israel yang merupakan persinggahan ketiga selepas Arab Saudi dan Jordan, sebagai sebahagian daripada lawatan serantaunya untuk rundingan bagi gencatan senjata di Gaza.
Hamas menuntut untuk menamatkan serangan berterusan Israel ke atas Gaza sebagai balasan untuk sebarang perjanjian tahanan dengan Tel Aviv.
Perjanjian sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 warga Israel dan 24 warga asing sebagai pertukaran untuk 240 rakyat Palestin, termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
Israel melancarkan serangan berterusan ke atas wilayah Palestin sejak serangan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Okt lepas.
Lebih 34,500 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita serta kanak-kanak dan ribuan cedera menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan keperluan yang teruk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kumpulan Hamas
#Israel
#gencatan senjata
#tebusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan