awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pentadbiran Trump pecat hampir semua kakitangan Institut Keamanan AS

Bernama
Bernama
30/03/2025
05:30 MYT
Pentadbiran Trump pecat hampir semua kakitangan Institut Keamanan AS
Pentadbiran Trump dilapor sedang mengurangkan kakitangan kerajaan bagi menggalakkan peralihan mereka ke sektor swasta. - Gambar/ Reuters
MOSCOW: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memecat hampir semua kakitangan Institut Keamanan AS (USIP) yang dibiayai Kongres, lapor The Washington Post, memetik sumber dalam organisasi itu, menurut Sputnik/RIA Novosti.
Laporan itu mendakwa antara 200 hingga 300 pekerja kehilangan pekerjaan, merangkumi hampir keseluruhan kakitangan ibu pejabat institut itu.
Menurut pekerja yang terjejas, sebahagian daripada mereka ditawarkan pampasan pemberhentian serta lanjutan insurans kesihatan selama sebulan sekiranya mereka bersetuju untuk tidak mengambil tindakan undang-undang.
USIP adalah sebuah institusi persekutuan Amerika yang diisytiharkan bertujuan membantu menyelesaikan dan mencegah konflik di seluruh dunia.
Sementara itu, jumlah pemberhentian kerja di Amerika Syarikat pada Februari 2025 meningkat sebanyak 245 peratus berbanding Januari.
Secara keseluruhan, sejak awal 2025, majikan di AS mengumumkan kira-kira 221,000 pemberhentian, angka tertinggi sejak 2009 apabila sekitar 428,000 pekerja diberhentikan dalam tempoh yang sama.
Sebahagian besar pemecatan melibatkan kakitangan kerajaan, iaitu kira-kira 62,000 pekerja dari 17 jabatan.
Sektor runcit dan teknologi juga mengalami pemberhentian besar-besaran.
Sebelum ini, Ketua Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE), Elon Musk berkata bahawa pentadbiran Trump sedang mengurangkan kakitangan kerajaan bagi menggalakkan peralihan mereka ke sektor swasta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#USIP
#Institut Keamanan AS
#Donald Trump
#pecat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan