awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pentagon sahkan tentera Korea Utara di Kursk, Rusia

Astro Awani
Astro Awani
30/10/2024
00:50 MYT
Pentagon sahkan tentera Korea Utara di Kursk, Rusia
Anggota tentera Rusia dilihat dalam kubu pertahanan yang terletak di Kursk, sempadan Rusia-Ukraine. - Foto AP
WASHINGTON: Pentagon mendedahkan beberapa ribu tentera Korea Utara sedang bergerak ke arah wilayah Kursk, Rusia dan sebilangan kecil sudah berada di kawasan itu.
Menurut jurucakapnya, Patrick Ryder maklumat awal mencadangkan Rusia mungkin meletakkan tentera Korea Utara dalam peranan infantri menentang tentera Ukraine.
Menurut beliau, Amerika Syarikat (AS) tetap bimbang bahawa Rusia berhasrat untuk menggunakan tentera Korea Utara dalam pertempuran atau untuk menyokong operasi pertempuran menentang tentera Ukraine di Kursk.
Katanya lagi, setakat ini beliau tidak dapat menyokong laporan bahawa tentera Korea Utara telah berada di Ukraine sendiri.
Ryder berkata, pihaknya akan memantau dengan teliti dan sedang berunding dengan rakan kongsi Ukraine, sekutu dan rakan kongsi yang lain.
Kursk ialah kawasan sempadan Rusia di mana tentera Ukraine melakukan pencerobohan mengejut pada Ogos dan menguasai ratusan kilometer persegi wilayah.
Topic Berkaitan
#tentera Korea Utara
#Kursk
#Rusia
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan