awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penulis novel Malaysia menang anugerah sastera terhebat Asia

AFP
AFP
14/03/2013
16:12 MYT
Penulis novel Malaysia menang anugerah sastera terhebat Asia
Penulis novel Tan Twan Eng menjadi penulis pertama Malaysia memenangi hadiah utama ‘Man Asian Literary Prize’ pada hari Khamis untuk sebuah novel tentang kisah pendudukan Jepun di Malaya.
Tan memenangi $30,000 (RM93,360) menerusi novel “The Garden of Evening Mists", menewaskan empat buah buku yang disenarai pendek .
“The Garden of Evening Mists", yang turut disenarai pendek menerusi ‘Booker Prize’ 2012, mengisahkan seorang graduan undang-undang muda yang menemui satu-satunya taman Jepun di Malaya dan juga pemiliknya yang sering berahsia.
Tan dilahirkan pada tahun 1972 di Pulau Pinang, dan bekerja sebagai seorang peguam di Kuala Lumpur. Novel pertama beliau, "The Gift of Rain", telah disenarai panjang untuk Man Booker Prize pada tahun 2007.
"Ini adalah satu kejutan besar," kata Tan pada majlis makan malam di Hong Kong di mana pengumuman itu dibuat. "Tahun ini mempunyai senarai buku-buku yang hebat dan saya tidak tahu hendak kata apa lagi."
Topic Berkaitan
#Man Asian Literary Prize
#Tan Twan Eng
#The Garden of Evening Mists
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan