awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunjuk perasaan berhimpun di Washington gesa genjatan senjata di Gaza

Agensi
Agensi
18/11/2023
07:12 MYT
Penunjuk perasaan berhimpun di Washington gesa genjatan senjata di Gaza
Presiden AS Joe Biden dan pentadbirannya berdepan tekanan yang semakin meningkat dalam menyatakan pendirian mereka terhadap sokongan tanpa syarat terhadap hak Israel untuk mempertahankan diri.- AP Photo/Jose Luis Magana
WASHINGTON: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di Washington, Amerika Syarikat (AS) menggesa gencatan senjata di Gaza selepas ribuan orang terbunuh dalam serangan Israel pada Jumaat.
Penunjuk perasaan berkumpul di hadapan Union Station, melaungkan slogan, membawa sepanduk dan menyeru kerajaan AS menghentikan bantuan ekonomi kepada Israel.
Dalam pada itu, Presiden AS Joe Biden dan pentadbirannya berdepan tekanan yang semakin meningkat dalam menyatakan pendirian mereka terhadap sokongan tanpa syarat terhadap hak Israel untuk mempertahankan diri.
Pihak berkuasa kesihatan Gaza memaklumkan angka kematian meningkat kepada lebih 12,000 orang dengan 5,000 daripadanya kanak-kanak.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyifatkan angka tersebut boleh dipercayai, meskipun pihak mereka kini jarang mengemas kini disebabkan kesukaran mengumpul maklumat.
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#Gaza
#Washington
#Penunjuk perasaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan