awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyerang kereta api Tokyo 2021 dihukum penjara 23 tahun

Bernama
Bernama
01/08/2023
06:34 MYT
Penyerang kereta api Tokyo 2021 dihukum penjara 23 tahun
Motif di sebalik serangan Kyota Hattori adalah hasratnya untuk dihukum mati setelah bekas kekasihnya berkahwin dan penempatan tempat kerja baharu. - Foto AP
TOKYO: Mahkamah Daerah Tokyo cawangan Tachikawa pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara 23 tahun terhadap seorang lelaki berusia 26 tahun kerana melakukan serangan menggunakan pisau dan membakar kereta api di Tokyo pada 2021.
Motif di sebalik serangan Kyota Hattori, seperti yang didedahkan oleh Hakim Ketua Yu Takeshita, adalah hasratnya untuk dihukum mati setelah bekas kekasihnya berkahwin dan penempatan tempat kerja baharu, telah mendorongnya untuk merancang bunuh diri, lapor Jiji Press.
Hakim mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Hattori, melabelkannya sebagai "kejam dan menjijikkan," sambil menyatakan bahawa dia telah melakukan "jenayah atas kepentingan diri sendiri, menyasarkan nyawa ramai penumpang yang kebetulan berada di dalam kereta api yang sama."
Lelaki itu menghadapi pertuduhan cubaan membunuh 13 penumpang dalam serangan di kereta api Keio Line Keio Corp.
Semasa perbicaraan, pihak pendakwaan memohon hukuman penjara 25 tahun, manakala pihak pembelaan berhujah bahawa hukuman 12 tahun lebih sesuai memandangkan perbuatan membakar, tidak sama dengan cubaan membunuh.
Mahkamah mendapati bahawa Hattori turut bersalah menikam seorang lelaki sehingga mengancam nyawanya.
Insiden itu berlaku pada 31 Oktober 2021, kira-kira jam 7.55 malam, apabila Hattori cuba membunuh penumpang berusia 70-an dengan menggunakan pisau, seterusnya menyimbah petrol ke arah 10 penumpang lain, menyalakan pemetik api Zippo dengan niat untuk menyebabkan kematian, seperti dinyatakan dalam keputusan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tokyo
#Kyota Hattori
#bunuh diri
#bakar keretapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan