awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2025
23:30 MYT
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Pihak kehakiman Perancis percaya Bashar telah mengarahkan dan menyediakan kelengkapan bagi serangan tersebut. - Foto fail
PARIS: Dua majistret penyiasat Perancis mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas pemimpin Syria, Bashar Al-Assad atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang.
Ini adalah kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Waran tangkap itu dikeluarkan sebagai sebahagian daripada siasatan kes Salah Abou Nabout, seorang warganegara Perancis-Syria berusia 59 tahun dan juga bekas guru di Perancis, yang terbunuh pada 7 Jun 2017 apabila rumahnya dibom oleh helikopter tentera Syria.
Menurut sumber, pihak kehakiman Perancis percaya Bashar telah mengarahkan dan menyediakan kelengkapan bagi serangan tersebut.
Ketika ini, enam pegawai kanan tentera Syria telah menjadi sasaran waran tangkap Perancis berhubung kes ini, yang mula disiasat sejak 2018.
Sejak November 2023, Perancis mengeluarkan waran tangkap pertama terhadap Bashar atas serangan kimia pada 2013 yang meragut lebih 1,000 nyawa, menurut laporan risikan Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, usaha itu sebelum ni terhalang kerana Bashar mempunyai imuniti sebagai ketua negara.
Namun, status tersebut tidak lagi terpakai selepas beliau digulingkan.
Sehingga kini, sistem kehakiman Perancis telah mengeluarkan 14 waran tangkap terhadap pegawai Syria yang terlibat dalam pelbagai jenayah.
Jumaat lalu, ketua pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Karim Khan, bertemu pemimpin pentadbiran baharu Syria, Ahmed Al-Sharaa.
Bashar, yang digulingkan pada penghujung tahun lalu melalui serangan kilat oleh pasukan pejuang Hayat Tahrir Al Shams (HTS), didakwa bertanggung jawab sebagai ketua komander angkatan tentera atas serangan bom di bandar Deraa, Syria pada 2017.
Topic Berkaitan
#waran tangkap
#Bashar al-Assad
#Salah Abou Nabout
#jenayah perang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan