awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis kesan selesema burung di ladang itik

Bernama
Bernama
29/08/2022
04:20 MYT
Perancis kesan selesema burung di ladang itik
Siasatan epidemiologi sedang dijalankan selepas mendapati terdapat kematian itik dalam bilangan luar biasa di sebuah ladang. - Gambar hiasan
PARIS: Selesema burung yang sangat patogenik, Avian Influenza (H5N1), telah dikesan di sebuah ladang itik di bahagian timur Perancis, Ain, menyebabkan sejumlah 10,600 ekor itik terpaksa dimusnahkan, lapor Xinhua memetik laporan akhbar harian Perancis, Le Figaro pada Ahad.
Perkhidmatan Negeri (direktorat jabatan untuk perlindungan penduduk) Ain menjelaskan wabak selesema burung disebabkan oleh virus H5N1 itu dikesan di ladang itik yang terletak di Saint-Nizier-le-Desert, lapor Le Figaro, memetik jabatan wilayah Ain.
Siasatan epidemiologi sedang dijalankan selepas mendapati terdapat kematian itik dalam bilangan luar biasa di sebuah ladang, lapor Le Figaro, sambil menambah bahawa kelompok pertama selesema burung sangat patogenik itu ditemui pada Sabtu di ladang berkenaan.
Menurut pihak berkuasa tempatan, kluster itu telah "dimusnah dan dinyahjangkit", dan menetapkan zon perlindungan sepanjang tiga km di sekitar lokasi wabak, manakala zon pengawasan dan kawalan diletakkan di sepanjang 10 km dari kawasan itu.
Sejak November lalu, Perancis melaporkan lebih 1,300 kelompok virus sangat patogenik dan mengarahkan pemusnahan 20 juta burung. Dalam tempoh dari musim luruh 2020 hingga musim bunga 2021, 500 kelompok selesema burung sangat patogenik telah dikesan dan 3.5 juta burung dimusnahkan di negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#selesema burung
#ladang itik
#H5N1
#wabak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan