awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

“Perang dengan Iran bukan piknik, tapi api yang membakar” - Kataib Hezbollah

Agensi
Agensi
12/01/2026
23:10 MYT
“Perang dengan Iran bukan piknik, tapi api yang membakar” - Kataib Hezbollah
Penunjuk perasaan membakar gambar Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei di luar Kedutaan Iran ketika perhimpunan menyokong protes nasional di Iran, di London, Britain, pada Isnin. - Gambar Reuters
BAGHDAD: Kataib Hezbollah, kumpulan pejuang paling berpengaruh yang disokong Iran di Iraq, mengeluarkan amaran keras kepada Amerika Syarikat (AS) agar tidak memulakan konflik dengan Tehran.
Amaran itu hadir ketika Presiden AS, Donald Trump dilapor sedang menimbang pilihan ketenteraan terhadap Iran susulan protes berdarah di negara itu, selain mengulangi ancaman untuk menyerang rejim sekiranya menggunakan kekerasan terhadap orang awam.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, Kataib Hezbollah memberi peringatan bahawa “perang dengan Iran bukanlah piknik, tetapi api yang jika dinyalakan tidak akan padam sehingga hidung kamu diseret ke tanah dan kamu akan membayar dua kali ganda daripada apa yang tuan tamak kamu mahu kaut.”
Kumpulan itu turut menggesa para pejuang agar berdiri teguh bersama rakyat Iran sambil menyifatkan mempertahankan Iran sebagai mempertahankan kesucian umat Islam secara keseluruhan.
Mereka juga menyeru rakyat Iraq dan kumpulan sekutu supaya kekal berwaspada dan tidak terpengaruh dengan “suara pengkhianat dan penakut.”
Iraq, sebuah negara majoriti Syiah, mempunyai hubungan rapat dengan Iran berikutan ikatan agama dan budaya yang mendalam. - Agensi
Topic Berkaitan
#perang Iran
#perang bukan piknik
#Kataib Hezbollah
#kumpulan pejuang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami