awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbendaharaan AS kenakan sekatan terhadap syarikat minyak utama Rusia

Bernama
Bernama
23/10/2025
01:45 MYT
Perbendaharaan AS kenakan sekatan terhadap syarikat minyak utama Rusia
Bessent (gambar) turut menegaskan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan lanjut jika perlu bagi menyokong usaha Presiden Donald Trump untuk menamatkan konflik itu. - Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON: Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) pada Rabu mengumumkan ia melaksanakan sekatan terhadap dua syarikat minyak terbesar Rusia, Rosneft dan Lukoil, dengan alasan Moscow tidak menunjukkan komitmen serius terhadap proses perdamaian bagi menamatkan perang ke atas Ukraine, lapor agensi berita Jerman dpa.
"Masa untuk menghentikan pertumpahan darah telah tiba dan gencatan senjata perlu dilaksanakan segera," kata Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent dalam satu kenyataan ketika mengumumkan langkah itu.
"Disebabkan keengganan Presiden Vladimir Putin menamatkan peperangan yang tidak berperikemanusiaan ini, Perbendaharaan mengenakan sekatan terhadap dua syarikat minyak terbesar Rusia yang membiayai jentera perang Kremlin," katanya.
Bessent turut menegaskan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan lanjut jika perlu bagi menyokong usaha Presiden Donald Trump untuk menamatkan konflik itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Scott Bessent
#konflik Rusia-Ukraine
#sekatan AS
#syarikat minyak Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan