awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar IPG lemas: Keluarga mangsa tuntut laporan menyeluruh, telus
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbicaraan pengasas Theranos bermula

Astro Awani
Astro Awani
09/09/2021
01:36 MYT
Perbicaraan pengasas Theranos bermula
Elizabeth Holmes hadir di mahkamah persekutuan untuk perbicaraan kes penipuan di San Jose, California, 8 Sept, 2021. (Foto AP)
PERBICARAAN usahawan wanita Elizabeth Holmes bermula pada Rabu.
Pengasas syarikat permulaan teknologi perubatan Theranos itu dituduh menipu pelabur, pelanggan dan pesakit bahawa syarikat pemulanya mampu untuk mengubah dunia perubatan.
Holmes sebelum ini dilapor mempunyai kekayaan sekitar 4.5 billion dolar AS.
Jumlah itu mewakili sekitar 50 peratus pegangannya dalam Theranos.
Holmes sebelum ini mendakwa mesinnya mampu untuk mengesan beratus jenis penyakit hanya dengan beberapa titisan darah.
Dia turut mendakwa kos dan jumlah darah yang diperlukan untuk menguji masalah kesihatan ini adalah jauh lebih sedikit, dan lebih pantas berbanding ujian biasa.
Holmes turut meraih dana sebanyak 900 juta dolar sebelum kejatuhan syarikat diagnostik itu, susulan pendedahan Wall Street Journal.
Pendedahan tersebut akibatkan siasatan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika (FDA), disusuli tindakan saman daripada Suruhanjaya Pertukaran Dan Sekuriti.
Antara yang dijangka turut beri memketerangan adalah pelabur dan bekas ahli lembaga pengarah.
Topic Berkaitan
#Theranos
#Elizabeth Holmes
#perbicaraan
#syarikat pemula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan