awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri baharu Sri Lanka angkat sumpah

Bernama
Bernama
24/09/2024
15:40 MYT
Perdana Menteri baharu Sri Lanka angkat sumpah
Amarasuriya mengangkat sumpah di hadapan Dissanayake di Sekretariat Presiden di Colombo, menjadi perdana menteri wanita ketiga dalam sejarah Sri Lanka. - Foto REUTERS
COLOMBO: Ahli Parlimen dari Parti National People's Power (NPP) Harini Amarasuriya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Sri Lanka pada Selasa, sehari selepas Anura Kumara Dissanayake mengangkat sumpah sebagai presiden eksekutif kesembilan negara itu, lapor Xinhua.
Amarasuriya mengangkat sumpah di hadapan Dissanayake di Sekretariat Presiden di Colombo, menjadi perdana menteri wanita ketiga dalam sejarah Sri Lanka.
Beliau juga mengangkat sumpah sebagai menteri Kehakiman, Pendidikan, Buruh, Industri, Sains dan Teknologi, Kesihatan, serta Pelaburan, menurut laporan media tempatan.
Setiausaha NPP Nihal Abeysinghe berkata semua ahli kabinet akan mengangkat sumpah pada petang Selasa.
Dinesh Gunawardena meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Isnin selepas Dissanayake dipilih sebagai presiden baharu negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sri Lanka
#perdana menteri baharu
#Harini Amarasuriya
#angkat sumpah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan