awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perintah darurat di British Columbia, Kanada kerana kebakaran hutan

Bernama
Bernama
19/08/2023
10:14 MYT
Perintah darurat di British Columbia, Kanada kerana kebakaran hutan
Beberapa rumah dan pangsapuri di sekitar bandar pelancongan terkenal West Kelowna di Tasik Okanagan, musnah dijilat api. - Foto REUTERS
BERLIN: Darurat telah diisytiharkan di wilayah British Columbia Kanada ketika kebakaran hutan yang dahsyat terus melanda wilayah itu pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ketua Menteri British Columbia David Eby membuat pengumuman untuk seluruh wilayah di pantai Pasifik itu pada petang Jumaat di platform X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter.
Terdahulu, beberapa rumah dan pangsapuri di sekitar bandar pelancongan terkenal West Kelowna di Tasik Okanagan, musnah dijilat api.
Perintah darurat telah diisytiharkan untuk bandar itu, yang dihuni 36,000 penduduk.
Bandar Kelowna, dengan populasi hampir 150,000 di seberang tasik itu turut terjejas akibat kebakaran yang menurut pihak berkuasa dijangka semakin merebak.
Di seluruh wilayah itu, 15,000 orang telah diminta meninggalkan rumah mereka. Amaran perpindahan juga ditetapkan untuk lebih 20,000 penduduk lain.
Selain itu, kebakaran hutan yang marak turut berlaku wilayah berhampiran di Northwest Territories.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#British Columbia Kanada
#kebakaran hutan
#perintah darurat
#musnah dijilat api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan