awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40 peratus hasil Sabah: Kerajaan Negeri hormati keputusan Mahkamah Rayuan, harap rundingan diteruskan - Hajiji
AirAsia kurangkan kapasiti, kawal kos dan semak naik tambang susulan tekanan harga bahan api
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perisytiharan keselamatan AI diumum pada Sidang Kemuncak UK

Bernama
Bernama
03/11/2023
03:20 MYT
Perisytiharan keselamatan AI diumum pada Sidang Kemuncak UK
Depan, tiga dari kiri, Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen, Naib Presiden AS Kamala Harris dan Perdana Menteri Britain Rishi Sunak, antara pemimpin dunia yang hadir pada Sidang Kemuncak AI di Bletchley, England, 2 Nov 2023. (Foto AP)
BLETCHLEY PARK (Britain): Pengisytiharan mengenai keselamatan kecerdasan buatan (AI) diumumkan pada sidang kemuncak di sini pada Khamis.
Di bawah deklarasi itu, 28 negara dan Kesatuan Eropah (EU) bersetuju mengenai keperluan usaha global terbaharu dalam memastikan AI dibangun dan dimanfaatkan dengan cara selamat dan bertanggungjawab, lapor Xinhua.
AI menawarkan pelbagai kemungkinan dan potensi untuk meningkatkan kesejahteraan manusia, menggalakkan keamanan dan kemakmuran, menurut kerajaan Britain dalam kenyataan yang mengiringi deklarasi itu.
Bagaimanapun, perwakilan bersetuju bahawa risiko besar mungkin timbul akibat penyalahgunaan AI yang disengajakan, arahan ke atas AI yang canggih, khususnya membabitkan risiko keselamatan siber, bioteknologi dan maklumat salah.
Pengisytiharan itu menyatakan bahawa risiko itu "paling wajar ditangani melalui kerjasama antarabangsa".
Dalam pertemuan dua hari itu, wakil dari Amerika Syarikat, Britain, EU, China, India dan lain-lain juga membincangkan risiko dan peluang yang timbul dari perkembangan AI yang pesat.
Menurut Britain, Korea Selatan bersetuju menjadi tuan rumah bersama sidang kemuncak skala mini secara maya mengenai AI dalam enam bulan akan datang, manakala Perancis akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak setahun dari sekarang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sidang Kemuncak UK
#kecerdasan buatan
#keselamatan
#AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan