awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan ditingkatkan di Masjidilharam untuk 10 hari terakhir Ramadan

Bernama
Bernama
20/03/2025
22:30 MYT
Perkhidmatan ditingkatkan di Masjidilharam untuk 10 hari terakhir Ramadan
Keadaan di Masjidilharam menjelang 10 hari terakhir Ramadan. - Foto AlHaramain
MAKKAH: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi telah meningkatkan kapasiti perkhidmatan di Masjidilharam dengan ketara sebagai persiapan menghadapi 10 hari terakhir Ramadan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Ribuan kakitangan dan peralatan telah dikerahkan bagi memastikan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk jemaah di dalam masjid serta halamannya.
Pihak berkuasa itu telah menempatkan pasukan di 38 lokasi bagi menjawab pertanyaan selain mengerahkan petugas khas untuk membersihkan masjid dalam tempoh hanya 35 minit. Setiap hari, sebanyak 20 sesi semburan wangian dilakukan menggunakan lebih dua kilogram oud.
Menurut SPA, sebanyak 428 eskalator, 28 lif, 1,300 pembesar suara elektrik, serta sumber kuasa sehingga 90,000 tan telah disediakan bagi menyejukkan Masjidilharam.
Selain itu, perkhidmatan penyimpanan bagasi percuma serta kawasan solat khas untuk warga emas dan orang kurang upaya turut disediakan bagi memastikan keselesaan maksimum.
Pihak berkuasa juga menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak 24 jam, menyediakan troli bagi memudahkan pelaksanaan ibadah, ruang solat khas untuk iktikaf sepanjang 10 hari terakhir Ramadan serta platform tempahan pengangkutan bersepadu, bagi memastikan pengalaman yang lancar kepada semua jemaah.
-- BERNAMA
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#masjidilharam
#Arab Saudi
#10 hari terakhir Ramadan
#Ramadan2025
#CeritaRamadan2025
#perkhidmatan berkualiti tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan