awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permit penerbangan Kingfisher Airlines di tarik balik

Astro Awani
Astro Awani
01/01/2013
23:11 MYT
Permit penerbangan Kingfisher Airlines di tarik balik
Syarikat penerbangan bermasalah India, Kingfisher Airlines yang kini digantung perkhidmatannya menerima satu lagi tamparan apabila permit penerbangannya di tarik balik.
Ini selepas tarikh akhir untuk syarikat itu memperbaharui lesen penerbangannya telah tamat.
Namun dalam satu kenyataan syarikat, ia bukanlah satu perkara yang perlu dikhuatiri kerana undang-undang membenarkan pembaharuan permit dalam tempoh dua tahun ia tamat tempoh.
Syarikat penerbangan yang dibebani hutang itu telah digantung perkhidmatannya sejak Oktober lalu ekoran tunjuk perasaan berterusan oleh pekerjanya.
Dimiliki Vijay Mallya, jutawan minuman keras, Kingfisher Airlines dibebani hutang sebanyak $ 2.49 bilion (RM 7.62 bilion) dan kerugian terkumpul hampir $ 2 bilion (RM 6.12 bilion) setakat 30 Jun 2012 lalu.
Ia kini didalam proses mengumpul dana selepas beberapa bank enggan meluluskan pinjaman baru.
Ia juga dikatakan sedang berunding dengan Etihad Airways dan pelabur lain supaya memgambil-alih 48 peratus penguasaan dalam syarikat penerbangan itu.
Topic Berkaitan
#Kingfisher Airlines
#permit penerbangan ditarik
#Vijay Mallya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan