awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan suaka berkurangan di Eropah pada 2024 - Agensi EU

Bernama
Bernama
03/03/2025
10:35 MYT
Permohonan suaka berkurangan di Eropah pada 2024 - Agensi EU
Dalam laporan yang dikeluarkan pada Isnin, agensi itu melaporkan, kira-kira 1.01 juta permohonan suaka difailkan pada 2024. - AP
BRUSSELS: Jumlah permohonan suaka di Kesatuan Eropah (EU), Norway dan Switzerland menurun kira-kira 11 peratus tahun lepas, menurut Agensi Suaka Kesatuan Eropah (EUAA) yang berpangkalan di Malta, seperti dilaporkan oleh agensi berita Jerman dpa.
Dalam laporan yang dikeluarkan pada Isnin, agensi itu melaporkan, kira-kira 1.01 juta permohonan suaka difailkan pada 2024.
Ini adalah penurunan sedikit berbanding angka 2023 sebanyak 1.14 juta, menurut EUAA.
Warga Syria memfailkan permohonan yang berkurangan sedikit berbanding tahun sebelumnya, tetapi masih merupakan kumpulan yang paling banyak memohon perlindungan.
Walaupun trend menurun, Jerman masih menerima permohonan terbanyak dengan 237,000, mewakili 23 peratus daripada semua permohonan yang difailkan. Hampir satu pertiga daripada semua permohonan di Jerman difailkan oleh warganegara Syria, diikuti oleh warganegara Afghanistan dan Turki, menurut laporan itu.
Cyprus dan Greece menerima permohonan per kapita terbanyak.
Pada akhir 2024, terdapat kira-kira 4.4 juta penerima perlindungan sementara di 27 negara anggota EU serta di Norway dan Switzerland yang melarikan diri dari Ukraine berikutan pencerobohan berskala penuh Rusia terhadap jirannya. Separuh daripadanya berada di Jerman dan Poland, tetapi Republik Czech menjadi tuan rumah kepada penerima per kapita terbanyak , menurut EUAA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#permohonan suaka
#Kesatuan Eropah
#EU
#Norway
#Switzerland
#jumlah permohonan suaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan