awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan suaka ke Eropah melonjak dalam tempoh tiga suku pertama 2023

Bernama
Bernama
10/10/2023
11:01 MYT
Permohonan suaka ke Eropah melonjak dalam tempoh tiga suku pertama 2023
Sebanyak 801,459 permohonan suaka difailkan di 29 negara antara awal tahun dan 3 Okt. - Gambar fail/Reuters
BRUSSELS: Lebih 800,000 permohonan suaka difailkan di Kesatuan Eropah (EU), Norway dan Switzerland pada tahun ini sehingga Oktober.
Angka permohonan itu adalah yang tertinggi sejak 2016 berbanding tempoh yang sama pada tahun-tahun sebelumnya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik akhbar Jerman Welt edisi Selasa.
Sebanyak 801,459 permohonan suaka difailkan di 29 negara antara awal tahun dan 3 Okt.
Peningkatan terbesar dilaporkan di Latvia, pertambahan sebanyak 168 peratus dan Estonia melonjak 119 peratus yang berpunca daripada peningkatan jumlah penghijrahan dari Belarus yang tidak mengikut peraturan.
Jerman menduduki tempat ketiga dengan peningkatan 74 peratus dalam jumlah permohonan berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Sementara itu, Denmark mencatatkan penurunan terbesar permohonan suaka sebanyak 56 peratus, diikuti Malta turun 54 peratus, Cyprus merosot 52 peratus dan Austria turun 41 peratus.
Negara yang mempunyai permohonan suaka paling sedikit setakat tahun ini ialah Hungary, dengan hanya 26 permohonan
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kesatuan Eropah
#permohonan suaka
#penghijrahan
#Switzerland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan