awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perubahan iklim jadikan pergunungan semakin bahaya - Pakar Alpine

Bernama
Bernama
31/05/2025
08:19 MYT
Perubahan iklim jadikan pergunungan semakin bahaya - Pakar Alpine
Alps kini berada dalam keadaan tidak seimbang disebabkan pemanasan global dan menjadi semakin tidak stabil. - AP
MUNICH: Perubahan iklim dikenal pasti sebagai faktor utama peningkatan kekerapan runtuhan gunung, glasier, serta tanah runtuh di kawasan pergunungan, menurut pakar dari Kelab Alpine Jerman, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Peningkatan risiko di kawasan pergunungan ini adalah akibat jelas daripada perubahan iklim yang didorong oleh aktiviti manusia," kata Tobias Hipp.
Beliau berkata bahawa keadaan itu menjadikan kawasan pergunungan lebih berbahaya.
"Gunung sentiasa mempunyai risiko tertentu, tetapi kemungkinan berlakunya bahaya kini meningkat akibat perubahan iklim.
"Alps kini berada dalam keadaan tidak seimbang disebabkan pemanasan global dan menjadi semakin tidak stabil.
"Kita perlu menganggap bahawa kejadian sebegini akan terus meningkat," katanya.
Hipp menjelaskan bahawa penting untuk membezakan antara runtuhan gunung dan runtuhan batu.
"Dalam kes runtuhan gunung -- seperti yang berlaku baru-baru ini di Switzerland -- ia melibatkan jumlah batuan yang sangat besar.
"Selalunya terdapat tanda amaran awal seperti serpihan kecil yang runtuh, membolehkan pemantauan berskala besar dan amaran awal dikeluarkan.
"Namun ini tidak selalu berlaku, seperti kejadian runtuhan di Piz Cengalo pada 2017 yang mengorbankan beberapa nyawa," katanya.
Namun bagi pendaki gunung, runtuhan batu dan tanah runtuh berskala kecil adalah lebih relevan.
"Inilah bahaya klasik di kawasan alpine yang berlaku lebih kerap dan di kawasan yang lebih luas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perubahan iklim
#pergunungan
#risiko
#Alpine
#Switzerland
#aktiviti manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan