awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat Hawaiian Airlines buat pendaratan cemas sekali lagi dalam tempoh 10 hari

AFP
AFP
28/07/2016
04:21 MYT
Pesawat Hawaiian Airlines buat pendaratan cemas sekali lagi dalam tempoh 10 hari
Gambar pesawat Hawaiian Airlines yang mendarat cemas di Lapangan Terbang Haneda 18 Julai lalu.
Sebuah pesawat Hawaiian Airlines membuat pendaratan cemas di Tokyo buat kali kedua dalam bulan ini.
Pesawat HA 442, yang berlepas dari Sapporo, Jepun menghala ke Honolulu membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Narita di Tokyo pada jam 10.53 pagi Rabu.
Juruterbang memberitahu terdapat masalah pada sistem hidraulik pesawat Boeing 767 itu, menurut kenyataan seorang pegawai di lapangan terbang berkenaan.
Kesemua 248 penumpang dan krew tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Tidak dapat dipastikan sama ada masalah itu benar-benar berlaku atau terdapat petunjuk bahawa ada masalah sedang berlaku,” kata pegawai itu.
Namun, belum ada kenyataan dari syarikat penerbangan terbabit.
Ini merupakan insiden kedua pesawat penerbangan itu membuat pendaratan cemas di Jepun dalam tempoh 10 hari.
Pada 18 Julai lalu, pesawat HA 458 yang dalam perjalanan pulang ke Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, membuat pendaratan cemas selepas mengesan masalah, juga pada sistem hidraulik.
Tiada kecederaan dilaporkan, namun lapan daripada 10 buah tayar pesawat meletup ketika mendarat dengan minyak dikesan tumpah di sepanjang landasan.
Topic Berkaitan
#Hawaiian Airlines
#Jepun
#pendaratan cemas
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan