awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat hilang ditemui terhempas, semua mangsa disahkan maut

Bernama
Bernama
08/02/2025
04:45 MYT
Pesawat hilang ditemui terhempas, semua mangsa disahkan maut
Serpihan pesawat ditemukan selepas operasi mencari selama beberapa jam dengan keadaan cuaca buruk dan jarak penglihatan yang terhad. - Gambar/ Reuters
SAN FRANCISCO: Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.
Pesawat itu ditemukan kira-kira 54 kilometer tenggara Nome.
Semua 10 orang di dalam pesawat disahkan meninggal dunia, menurut Pengawal Pantai AS.
Serpihan pesawat ditemukan selepas operasi mencari selama beberapa jam dengan keadaan cuaca buruk dan jarak penglihatan yang terhad.
Pesawat jenis "turboprop Cessna Caravan" yang dikendalikan oleh Bering Air dilaporkan hilang pada Khamis petang, menurut Jabatan Keselamatan Awam Alaska.
Pesawat yang membawa sembilan penumpang dan seorang juruterbang itu dalam penerbangan dari Unalakleet menuju ke Nome sebelum isyarat kedudukannya hilang kira-kira 19 kilometer dari pesisir pantai, kata Pengawal Pantai AS.
Setakat 9 pagi waktu tempatan (1800 GMT) pada Jumaat, Jabatan Bomba Sukarela Nome memaklumkan bahawa keluarga kesemua mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian.
Leftenan Ben Endres dari Pasukan Polis Alaska turut mengesahkan semua penumpang adalah individu dewasa yang menaiki penerbangan komersial berjadual.
Menurut laman sesawang penjejakan penerbangan langsung, FlightRadar24, kedudukan terakhir pesawat itu dikesan di kawasan perairan kira-kira 38 minit selepas berlepas dari Unalakleet.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas
#Alaska
#Amerika Syarikat
#nahas pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan