awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat Iran terhempas di kawasan pergunungan, 66 dikhuatiri maut

Agensi
Agensi
18/02/2018
07:48 MYT
Pesawat Iran terhempas di kawasan pergunungan, 66 dikhuatiri maut
Berita itu disahkan Gabenor Boyer-Ahmad menerusi akaun Twitter rasminya.
SEBUAH pesawat Iran, Aseman Airlines, yang berlepas dari Tehran dan membawa 66 orang termasuk enam anak kapal dilaporkan terhempas di kawasan pergunungan iaitu Gunung Padena, selatan Isfahan.
Ketua perhubungan awam syarikat penerbangan tersebut yang pada satu ketika menyatakan kesemua penumpang dan anak kapal telah terkorban, bagaimanapun telah menarik semula kenyataan itu.
Pesawat ATR-72 berkenaan yang dijadual menuju ke Yasuj, hilang dari radar ketika baru 20 minit berlepas dari Lapangan Terbang Mehrabad, Tehran.
Press TV adalah antara yang terawal mengesahkan insiden berkenaan berdasarkan kenyataan Gabenor Boyer-Ahmad menerusi akaun Twitter rasminya.
Menurut akaun Twitter itu lagi, satu helikopter kecemasan yang cuba mendarat di kawasan nahas pesawat itu tidak dapat berbuat demikian berikutan cuaca buruk dan berkabus.
Lokasi nahas pesawat Iran Aseman Airlines yang terhempas. - Google Map
Lokasi nahas pesawat Iran Aseman Airlines yang terhempas. - Google Map
Reuters yang memetik jurucakap Jabatan Kecemasan Iran Mojtaba Khaledi, berkata pesawat itu terhempas di kawasan pergunungan berdekatan bandar Semirom.
Setakat ini, ketua pasukan penyelamat memberitahu media bahawa mereka masih belum berjaya tiba di lokasi nahas.
Mehrabad terletak di barat Tehran dan secara umumnya berfungsi sebagai lapangan terbang domestik, walaupun terdapat beberapa jadual penerbangan antarabangsa.
Insiden pesawat terhempas pernah terjadi di Iran dalam tempoh beberapa dekad. Sekatan daripada Amerika Syarikat (AS) adalah antara sebab yang sekian lama menjadi penghalang kepada Iran untuk membeli pesawat baharu atau alat ganti dari Barat.
Artikel berkaitan:
BACA: Pesawat Rusia terhempas, 71 maut (11 Februari 2018)
BACA: 13 maut helikopter bawa menteri Mexico terhempas (18 Februari 2018)
Topic Berkaitan
#hilang dari radar
#Iran
#pesawat terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan