awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat Rusia terhempas, 71 maut

Reuters
Reuters
11/02/2018
12:40 MYT
Pesawat Rusia terhempas, 71 maut
Stesen televisyen Rusia, Rossiya-24, menyiarkan rakaman yang menunjukkan serpihan pesawat itu di sebuah padang yang diliputi salji. (Foto AP)
Sebuah pesawat kendalian syarikat penerbangan Russia, Saratov Airlines, terhempas dekat sini pada Ahad, mengorbankan semua 71 penumpang dan anak kapal.
Menurut laporan agensi berita TASS, terdapat 65 penumpang dan enam kru dalam kapal terbang itu, yang hilang dari radar kurang 10 minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Domodedovo di Moscow.
Penerbangan itu - pesawat Antonov AN-148 - dijadualkan menuju bandar Orsk di rantau Orenburg di Rusia, bersempadan dengan Kazakhstan.
Stesen televisyen Rusia, Rossiya-24, menyiarkan rakaman yang menunjukkan serpihan pesawat itu di sebuah padang yang diliputi salji.
"Serpihan telah ditemui, tidak ada yang terselamat," kata TASS, memetik sumber.
Pesawat Antonov AN-148 yang terhempas itu sedang dalam perjalanan menuju bandar Orsk. - Astro AWANI
Pesawat Antonov AN-148 yang terhempas itu sedang dalam perjalanan menuju bandar Orsk. - Astro AWANI
Punca sebenar kemalangan itu masih belum dikenalpasti.
Kementerian Pengangkutan Rusia mempertimbangkan pelbagai kemungkinan, termasuk keadaan cuaca dan kesilapan juruterbang, menurut Interfax.
Topic Berkaitan
#maut
#Moscow
#pesawat
#Rusia
#terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan