awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat Turkish Airlines patah balik ke Uganda akibat burung

Bernama
Bernama
10/01/2023
13:28 MYT
Pesawat Turkish Airlines patah balik ke Uganda akibat burung
Sebuah pesawat Turkish Airlines yang dijadual berlepas ke Istanbul, Turkiye terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe Uganda pada pagi Selasa selepas ia terlanggar kawanan burung ketika berlepas. - Gambar fail/@turkishairlines
KAMPALA: Sebuah pesawat Turkish Airlines yang dijadual berlepas ke Istanbul, Turkiye terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe Uganda pada pagi Selasa selepas ia terlanggar kawanan burung ketika berlepas.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Uganda (UCAA) iaitu pengawal selia pengangkutan udara negara itu memaklumkan penerbangan TK606 berlegar di ruang udara Uganda selama lebih sejam, lapor Xinhua.
"Sebagai langkah berjaga-jaga, pesawat itu berlegar di ruang udara Uganda sebelum mendarat dengan selamat di Entebbe pada 08.52 pagi (waktu tempatan).
"Pesawat itu kemudian menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum meneruskan penerbangan," menurut badan penerbangan itu dalam satu kenyataan ringkas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat Turkish Airlines
#patah balik
#Uganda
#burung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan