awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pewaris Samsung antara delegasi Sidang Kemuncak Antara Korea

Astro Awani
Astro Awani
17/09/2018
02:13 MYT
Pewaris Samsung antara delegasi Sidang Kemuncak Antara Korea
Lee Jae-yong ketika tiba di sebuah mahkamah di Seoul pada Ogos, 2017. REUTERS / Fail
Menjelang Sidang Kemuncak Antara Korea pada Selasa, pewaris empayar Samsung dan beberapa pemimpin konglomerat Korea Selatan merupakan antara 90 yang disahkan akan hadir akan ke Pyongyang minggu ini.
Menurut Setiausaha Dasar Penyatuan, Suh Ho, antara yang bakal turut serta ialah pewaris Samsung, Lee Jae-Yong, Pengerusi SK Corporation Chey Tae-won dan Pengerusi Kumpulan LG Koo Kwang-mo.
Mereka akan menyertai delegasi Presiden Moon Jae-In pada sidang kemuncak itu di mana satu pertemuan dengan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un akan diadakan.
Jae-Yong, Naib Presiden Samsung Electronics, pada 2017 disabitkan atas tuduhan rasuah dalam kaitan dengan skandal rasuah meluas yang menyingkirkan bekas Presiden Park Geun-Hye.
Turut sama sebagai delegasi ialah Naib Pengerusi Kumpulan Hyundai Motor, Kim Yong-hwan. Pengasas syarikat berkenaan merupakan seorang pelarian daripada Korea Utara.
Manakala Hyun Jeong-eun, Pengerusi Kumpulan Hyundai yang juga perintis kebanyakan projek ekonomi rentas sempasan, akan turut serta dalam rombongan berkenaan.
Bapa Jeoung-Un pernah bertemu bapa Jong-un, Kim Jong-il beberapa kali sebelum ini.
Sidang kemuncak ini adalah yang ketiga tahun ini bagi pemimpin-pemimpin negara berjiran itu.
Topic Berkaitan
#Hyundai
#Korea Selatan
#Korea Utara
#pemimpin
#Pyongyang
#Samsung
#sidang kemuncak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan