awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa dua masjid suci selesai ganti Kiswah Kaabah

Bernama
Bernama
26/06/2025
15:56 MYT
Pihak berkuasa dua masjid suci selesai ganti Kiswah Kaabah
Proses penggantian itu dilaksanakan pasukan khas terdiri daripada 154 profesional Arab Saudi dari Kompleks Raja Abdulaziz untuk Kiswah Kaabah. - Gambar KUJDT
MAKKAH: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah selesai melaksanakan proses penggantian tahunan Kiswah Kaabah, meneruskan tradisi penjagaan yang telah menjangkau lebih 100 tahun, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Proses penggantian itu dilaksanakan pasukan khas terdiri daripada 154 profesional Arab Saudi dari Kompleks Raja Abdulaziz untuk Kiswah Kaabah.
Pasukan berkenaan ditugaskan secara strategik di pelbagai sisi dan bahagian bumbung Kaabah mengikut kepakaran masing-masing.
Kiswah baharu itu mempunyai berat kira-kira 1,415 kilogram (kg) dan setinggi 14 meter. Ia terdiri daripada empat panel berasingan bersama tirai pintu (sitara).
Pembuatan Kiswah menggunakan kira-kira 825kg sutera mentah yang diwarnakan hitam di kompleks berkenaan, 120kg benang perak bersadur emas, 60kg benang perak tulen dan 410kg kapas mentah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sutera mentah
#Kiswah Kaabah
#bahagian bumbung
#pasukan khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan