awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa Greece tahan 13 orang selepas bunga api sebabkan kebakaran hutan

Bernama
Bernama
23/06/2024
09:37 MYT
Pihak berkuasa Greece tahan 13 orang selepas bunga api sebabkan kebakaran hutan
Persembahan bunga api di pantai peranginan popular Pulau Hydra untuk menghiburkan tetamu sebabkan kebakaran hutan pain. - Reuters
ATHENS: Pihak berkuasa Greece menahan 13 kru sebuah kapal layar kerana disyaki menyebabkan kebakaran hutan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Kru berkenaan didakwa melakukan persembahan bunga api di pantai peranginan popular Pulau Hydra untuk menghiburkan tetamu, tetapi percikan api memulakan kebakaran di hanya satu-satunya hutan pain di sana.
Pada mulanya suspek cuba untuk memadamkan api tetapi kemudian menghubungi bomba dan beredar dari kawasan itu.
Mereka yang berada dalam bot lain menyaksikan insiden itu dan melaporkan kepada pihak berkuasa, lapor media Greece dan memetik pihak pengawal pantai. Mereka yang ditahan akan dibawa ke muka pengadilan, kata pihak bomba.
Datuk Bandar pulau itu menzahirkan kemarahannya dalam wawancara di televisyen dan berkata tidak kira apa tindakan kerajaan pusat, komuniti di pulau itu akan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
Bomba berjaya mengawal kebakaran hutan itu lewat petang Sabtu dengan bantuan helikopter.
Penalti yang dikanakan kerana sengaja atau dengan cuai mengakibatkan kebakaran meningkat di Greece tahun lepas, yang berulang-kali berhadapan dengan kebakaran hutan. Selain daripada penalti sehingga berpuluh ribu euro, individu boleh dipenjara maksimum 10 tahun jika didapati bersalah biarpun kebakaran itu adalah akibat kecuaian.
Sementara itu risiko kebakaran hutan kekal tinggi di beberapa bahagian tengah Greece sepanjang hujung minggu menurut pasukan Pertahanan Awam Greece. Bagaimanapun, seorang jurucakap bomba berkata pada pagi Ahad bahawa kebanyakan kebakaran telah berjaya dikawal.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#hutan terbakar
#Greece
#bunga api
#kru kapal layar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan