awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Iran sahkan penyertaan Tehran dalam rundingan di Islamabad
Misi bantuan 30 kontena, GSF 2.0 dua inisiatif berbeza - SNCC
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa AS 'pening' trend minum cecair pensanitasi tangan

Agensi
Agensi
10/08/2020
01:22 MYT
Pihak berkuasa AS 'pening' trend minum cecair pensanitasi tangan
Empat kematian dicatatkan di negara itu, selain beberapa kes di mana mangsa mengalami kesan sampingan gangguan penglihatan atau sawan.
SEMAKIN ramai orang awam yang jatuh sakit dan maut akibat minum cecair pensanitasi tangan, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).
Setakat ini, empat kematian dicatatkan di negara itu, selain beberapa kes di mana mangsa mengalami kesan sampingan gangguan penglihatan atau sawan.
Sehubungan itu, agensi berkenaan mengeluarkan amaran kepada orang ramai tentang bahaya bahan tersebut.
Sepanjang Jun lalu, 15 individu di Arizona dan New Mexico dimasukkan ke hospital kerana keracunan metanol selepas minum cecair pensanitasi tangan berasaskan alkohol.
"Kami tidak pasti mengapa orang ramai minum pensanitasi tangan. Kanak-kanak mungkin melakukannya secara tidak sengaja.
"Terdapat rumusan awal mengatakan ada kemungkinan orang dewasa yang meminumnya menganggap ia sebagai pengganti minuman beralkohol yang baik.
"Tetapi itu tidak benar," kata CDC dalam laporan mereka.
Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (FDA) telah meletakkan tanda amaran mengenai metanol di beberapa jenama pensanitasi tangan yang diedarkan di AS.
Metanol yang digunakan dalam cecair pencuci tangan mempunyai kandungan toksik, berbeza dengan etanol yang terdapat dalam minuman beralkohol.
CDC memaklumkan akan menjalankan kajian lanjut tentang punca peningkatan kes itu.
"Ini satu perkembangan membimbangkan. Kita kena lihat apa penyebabnya."
Topic Berkaitan
#alkohol
#Amerika Syarikat
#cecair pencuci tangan
#etanol
#Hospital
#maut
#metanol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan