awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa Thailand tahan 61 pendatang haram Myanmar di Songkhla

Bernama
Bernama
26/03/2022
20:30 MYT
Pihak berkuasa Thailand tahan 61 pendatang haram Myanmar di Songkhla
Mereka ditahan dalam satu operasi bersama yang dijalankan pada Jumaat malam dan didapati tidak mempunyai dokumen sah. - Gambar hiasan/ Astro AWANI
SONGKHLA: Pihak berkuasa Thailand menahan 61 warga Myanmar termasuk kanak-kanak kerana memasuki sebuah pusat peranginan dekat sempadan Thailand-Malaysia di Hatyai, Songkhla secara haram.
Ketua PolisThunglung, Kolonel Sanya Thongsawat berkata mereka ditahan dalam satu operasi bersama yang dijalankan pada Jumaat malam dan didapati tidak mempunyai dokumen sah.
Mereka terdiri 32 wanita dan 29 lelaki berumur antara sembilan dan 17 tahun, dalam perjalanan ke Malaysia untuk bertemu ahli keluarga dan mencari pekerjaan.
Beliau berkata mereka ditemukan bersembunyi di pusat peranginan itu.
"Mereka dikehendaki membayar 150,000 baht (RM19,000) setiap seorang untuk perjalanan dari Myanmar ke Malaysia. Sebahagian bayaran dibuat oleh ahli keluarga mereka yang berada di Malaysia," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.
Siasatan awal mendapati kumpulan itu memasuki Thailand secara haram menuju ke Kanchanaburi sebelum ke Hatyai dengan menaiki enam trak pikap, katanya.
Polis turut menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 39 tahun iaitu seorang daripada pemandu trak pikap berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#Malaysia
#warga myanmar
#pati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan