awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihan raya tempatan Jepun bermula Ahad

Bernama
Bernama
09/04/2023
09:11 MYT
Pilihan raya tempatan Jepun bermula Ahad
Menurut Perlembagaan Jepun, perdana menteri diberi kuasa untuk memutuskan tarikh pembubaran dewan rakyat. - Gambar hiasan/ AP
TOKYO: Pilihan raya tempatan bermula pada Ahad di Jepun bagi memilih gabenor, datuk bandar dan ahli dewan negara, lapor Agensi Anadolu memetik laporan media tempatan.
Gabungan parti pemerintah yang diketuai Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinan Perdana Menteri Fumio Kishida, dan parti pembangkang telah meletakkan calon muka baharu di wilayah Hokkaido, Osaka, Nara dan Oita, lapor agensi Berita Kyodo.
Parti pemerintah bagaimanapun gagal meletakkan calon tunggal di Nara dan Tokushima, berikutan pertikaian dalaman parti.
Pemilihan Datuk Bandar di enam bandar utama, di samping pilihan raya tempatan di 41 wilayah dan 17 bandar dijalankan setiap empat tahun.
Pilihan raya tempatan itu berlangsung di tengah-tengah penarafan kelulusan Kabinet Kishida yang menunjukkan tanda-tanda semakin baik, mencetuskan spekulasi bahawa perdana menteri boleh membubarkan dewan rakyat dalam masa terdekat, lapor agensi berita itu.
Menurut Perlembagaan Jepun, perdana menteri diberi kuasa untuk memutuskan tarikh pembubaran dewan rakyat.
Penggal empat tahun bagi ahli dewan rakyat tamat pada Oktober 2025, melainkan Kishida memilih untuk membubarkan dewan lebih awal.
Pemilihan Presiden LDP seterusnya dijadualkan diadakan pada September 2024.
Tinjauan media menunjukkan bahawa kadar sokongan terhadap Kabinet Kishida telah meningkat baru-baru ini, terutamanya sejak beliau membuat lawatan ke Ukraine pada 21 Mac dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Volodymyr Zelenskyy.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#Fumio Kishida
#pilihan raya
#pemilihan gabenor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan