awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihan raya AS: Vivek Ramaswamy tarik diri, ikrar sokong Trump

Bernama
Bernama
16/01/2024
08:31 MYT
Pilihan raya AS: Vivek Ramaswamy tarik diri, ikrar sokong Trump
Vivek Ramaswamy (foto) mengesahkan beliau menarik diri daripada pilihan raya presiden AS dan menyokong bekas presiden Donald Trump. -Gambar fail/Reuters
DES MOINES: Calon presiden dari parti Republikan Vivek Ramaswamy pada Isnin mengesahkan beliau menarik diri daripada pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) dan menyokong bekas presiden Donald Trump.
Ini berikutan keputusan undian kokus Iowa untuk calon Republikan dalam pilihan raya presiden yang akan datang, lapor Sputnik.
"Kami akan menggantung kempen (pemilihan) presiden ini dan ia perlu dilakukan, tiada jalan untuk saya menjadi presiden seterusnya," kata Ramaswamy di ibu pejabatnya di Des Moines.
Ketika Trump selesa mendahului dengan 51 peratus undi semasa pengiraan hampir selesai, Ramaswamy yang mendapat tujuh peratus undi menyuarakan sokongan terhadap rakan Republikan itu.
"Saya mengucapkan tahniah kepada beliau atas kemenangannya dan sekarang, anda (Trump) akan mendapat sokongan penuh saya untuk jawatan presiden," kata Ramaswamy.
Ditanya sama ada beliau akan menjadi naib presiden Trump jika menang, Ramaswamy berkata beliau akan "melakukan apa sahaja yang betul untuk negara".
Pada Isnin malam, kokus Iowa memulakan musim pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2024 di peringkat primari presiden yang melibatkan Trump, bekas duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Nikki Haley, Gabenor Florida Ron DeSantis.
Untuk memenangi pencalonan Republikan, seorang calon perlu mendapatkan undi daripada 1,215 perwakilan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vivek Ramaswamy
#Donald Trump
#pilihan raya
#undian kokus Iowa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan