awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas pemilihan Pope Leo XIV

Bernama
Bernama
09/05/2025
02:40 MYT
PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas pemilihan Pope Leo XIV
Robert Prevost, seorang kardinal berusia 69 tahun dari Chicago, Amerika Syarikat dipilih sebagai Pope baharu pada Khamis - menjadi rakyat AS pertama memegang jawatan tertinggi gereja Roman Katolik itu. - Gambar Reuters
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada penganut Katolik di seluruh dunia, khususnya di Malaysia, atas pemilihan Pope Leo XIV.
Beliau berkata, detik bersejarah ini menandakan lembaran baharu bagi komuniti Katolik dunia, dan yakin bahawa ia akan menjadi sumber tekad dan inspirasi yang diperbaharu.
"Malaysia menghargai hubungan dengan Holy See dan kami berharap dapat meneruskan jalinan kerjasama yang berteraskan sikap saling menghormati, dialog dan komitmen bersama terhadap keamanan dan maruah insan," kata Anwar dalam hantaran Facebook beliau hari ini.
Robert Prevost, seorang kardinal berusia 69 tahun dari Chicago, Amerika Syarikat (AS) dipilih sebagai Pope baharu pada Khamis - menjadi rakyat AS pertama memegang jawatan tertinggi gereja Roman Katolik itu.
Menurut Anadolu Ajansi (AA), beliau akan menggunakan nama Pope Leo XIV, menandakan kali pertama nama itu digunakan sejak abad ke-19.
Beliau menggantikan Pope Francis yang meninggal dunia pada 21 April lepas pada usia 88 tahun selepas mengalami beberapa masalah kesihatan termasuk serangan jantung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pope Leo XIV
#Robert Prevost
#Gereja Katolik
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan