awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPEC+ tingkatkan pengeluaran minyak Mei ini di tengah krisis tenaga global
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Britain buat hal lagi!

Sinar Harian
Sinar Harian
28/08/2019
20:59 MYT
PM Britain buat hal lagi!
Penentang 'Brexit tanpa perjanjian' menuduh Johnson melakukan 'rampasan kuasa' terhadap Parlimen selepas kedua-dua dewan termasuk Dewan Pertuanan akan berdepan penggantungan itu. - Gambar fail
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson membuat kejutan besar apabila beliau meminta Ratu Elizabeth II menggantung Parlimen beberapa hari selepas waktu rehat musim panas berakhir pada pertengahan bulan depan.
Tindakan Johnson itu dijangka mengeruhkan lagi krisis politik di negara itu dan bakal mengancam proses Brexit pada 31 Oktober depan yang mungkin akan dilaksanakan secara tanpa perjanjian dicapai dengan Kesatuan Eropah (EU).
Menurut beliau, Ratu Elizabeth II akan bertitah selepas penggantungan itu pada 14 Oktober untuk menggariskan 'agenda sangat menarik'.
Pemimpin parti pembangkang, Jeremy Corbyn yang memimpin Parti Buruh telah menghantar surat kepada Ratu Elizabeth II meminta untuk mengadakan pertemuan sebelum keputusan akhir dibuat.
"Menggantung Parlimen tidak boleh diterima. Apa yang Perdana Menteri sedang lakukan adalah menghancurkan demokrasi kita untuk memaksa Brexit direalisasikan tanpa perjanjian," katanya.
Penentang 'Brexit tanpa perjanjian' telah menuduh Johnson melakukan 'rampasan kuasa' terhadap Parlimen selepas kedua-dua dewan termasuk Dewan Pertuanan akan berdepan penggantungan itu. - BBC
Topic Berkaitan
#Boris Johnson
#Brexit
#Britain
#British
#gantung parlimen
#Jeremy Corbyn
#Kesatuan Eropah
#krisis politik
#Parlimen
#rampasan kuasa
#Ratu Elizabeth II
#Theresa May
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan