awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM dan isteri hadiri upacara prapencahayaan di Menara Tokyo

Bernama
Bernama
17/12/2023
14:08 MYT
PM dan isteri hadiri upacara prapencahayaan di Menara Tokyo
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri upacara prapencahayaan yang berlangsung di tingkat 33 dan 34 di Azabudai Hills. - Foto BERNAMA
TOKYO: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri upacara prapencahayaan yang berlangsung di tingkat 33 dan 34 di Azabudai Hills, sebuah perkampungan moden yang terdiri daripada tiga bangunan pencakar langit.
Acara itu berlangsung dengan beberapa pemimpin ASEAN dan isteri masing-masing dengan diiringi para pelajar dari ASEAN dan Jepun, yang secara simbolik melepaskan tanglung di dalam tingkat terbabit selepas 6 petang.
Momen bersejarah ini turut disusuli lagu rasmi ASEAN dan pengiraan detik, dengan acara kemuncak yang menyaksikan Menara Tokyo bermandikan cahaya warna-warna ASEAN.
Usai sesi bergambar kenangan, para pemimpin terbabit dengan pasangan masing-masing menghadiri majlis makan malam di Hotel Okura di mana Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun berlangsung siang tadi.
Majlis makan malam itu menjadi acara kemuncak persidangan yang berlangsung hari ini dan esok, para pemimpin ASEAN akan menyertai program terakhir anjuran tuan rumah iaitu Mesyuarat Pemimpin Komuniti Sifar Emisi Jepun-ASEAN (AZEC).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#upacara prapencahayaan
#Wan Azizah Wan Ismail
#Menara Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan