awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Georgia umum letak jawatan

Agensi
Agensi
18/02/2021
13:02 MYT
PM Georgia umum letak jawatan
Perdana Menteri Georgia, Giorgi Gakharia berharap pengundurannya dapat mengurangkan polarisasi di negara berkenaan. - Gambar/ AP
TBILISI: Perdana Menteri Georgia, Giorgi Gakharia mengumumkan meletak jawatan pada Khamis.
Menurut laporan Formula TV, keputusan mengejut itu dibuat susulan arahan penahanan Ketua Parti Pembangkang Gerakan Nasional Bersatu, Nika Melia.
Gakharia dikatakan tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah berhubung penahanan tersebut.
Beliau percaya, penahanan Mika dapat mencetuskan ketegangan dan diharapkan dengan pengundurannya dapat mengurangkan polarisasi di negara berkenaan.
"Ini adalah pendirian tegas saya berkenaan dengan penguatkuasaan yang dikenakan terhadap seorang individu, walaupun dilaksana mengikut undang-undang. Namun sekiranya membahayakan keselamatan dan kesihatan rakyat dan seterusnya membawa kepada krisis politik, ia tidak dapat diterima.
"Terutamanya ketika ini, terdapat ketegangan politik dan polarisasi di negara kita. Ini akan memberi risiko terhadap pembangunan negara, keselamatan serta masa depan," katanya dilaporkan agensi itu.
Mahkamah Tblisi pada Rabu telah mengeluarkan arahan untuk menahan Melia kerana didakwa mengetuai keganasan secara besar-besaran menerusi tunjuk perasaan anti kerajaan yang belaku pada 2019.
Sebelum ini, mahkamah Tblisi menyatakan Melia harus diletakkan dalam prapenahanan, meskipun telah membayar jaminan berjumlah $12,000 Georgian Lari.
Sekiranya didapati bersalah, Melia terpaksa berhadapan dengan hukuman penjara selama sembilan tahun.
Melia dan penyokongnya daripada parti pembangkang sebelum ini berikrar untuk menolak penahanannya kerana dikatakan mempunyai motif politik dan disifatkan tidak sah.
Menurut agensi berita Interfax, polis cuba untuk menahannya di ibu pejabat Gerakan Nasional Bersatu di Tbilisi, namun usaha itu gagal.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Georgia
#politik
#Giorgi Gakharia
#Nika Melia
#agensi berita Interfax
#Gerakan Nasional Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan