awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Jepun ikrar letak jawatan jika LDP dan rakan pakatannya tewas dalam pilihan raya

Bernama
Bernama
26/01/2026
21:00 MYT
PM Jepun ikrar letak jawatan jika LDP dan rakan pakatannya tewas dalam pilihan raya
Menurut tinjauan pendapat terbaharu, kadar sokongan kerajaan pimpinan Takaichi kekal tinggi sekitar 60 peratus. - Foto fail/AP
TOKYO: Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi pada Isnin berjanji akan meletak jawatan sekiranya gabungan Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Pembaharuan Jepun gagal memperoleh lebih separuh daripada kerusi dalam pilihan raya dewan rendah pada 8 Feb ini, lapor koresponden RIA Novosti.
"Sama sekali tidak! Kebiasaannya, selepas pembubaran parlimen, kadar sokongan terhadap kerajaan akan turun dengan ketara, jadi saya rasa kadar sokongan kami tidaklah merosot begitu banyak. Namun, jika LDP kalah kali ini, saya tidak akan menjadi perdana menteri dan tidak akan dapat melaksanakan dasar yang saya inginkan.
"Jika LDP dan Parti Pembaharuan Jepun tidak memenangi lebih separuh daripada kerusi, saya akan meletak jawatan serta-merta. Oleh itu, saya akan melakukan yang terbaik sekarang dengan penuh azam, secara ceria dan bertenaga," kata Takaichi semasa debat pemimpin parti.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau bimbang mengenai penurunan kadar sokongan kerajaan selepas pembubaran dewan rendah.
Menurut tinjauan pendapat terbaharu, kadar sokongan kerajaan pimpinan Takaichi kekal tinggi sekitar 60 peratus, namun menunjukkan penurunan antara empat hingga 10 mata peratusan berbanding tinjauan sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sanae Takaichi
#Perdana Menteri
#letak jawatan
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan