awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Jepun ulangi tekad untuk hapuskan tarif AS

Bernama
Bernama
11/05/2025
21:15 MYT
PM Jepun ulangi tekad untuk hapuskan tarif AS
Shigeru Ishiba bercakap kepada media mengenai tarif AS oleh Donald Trump di Tokyo, Jepun, 3 Apr 2025. - Gambar fail/Foto Kyodo via REUTERS
TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba pada Ahad menegaskan pendirian tegas Jepun untuk menghapuskan langkah tarif Amerika Syarikat (AS), termasuk ke atas kenderaan, dalam rundingan perdagangan, lapor Xinhua.
Bercakap dalam satu program di Fuji TV, Ishiba berkata Jepun melabur di AS dan mewujudkan peluang pekerjaan. "Jika industri automobil Jepun dilemahkan, kami tidak lagi mampu untuk melabur di Amerika."
Merujuk kepada dasar AS yang menurunkan tarif kepada 10 peratus untuk sehingga 100,000 kereta yang dihasilkan di Britain setiap tahun, Ishiba mengakui ia sebagai "satu model yang boleh dipertimbangkan", namun tetap menegaskan yang Jepun akan bertegas menuntut penghapusan tarif sepenuhnya.
Ketika ini, eksport kenderaan Jepun ke AS dikenakan tarif sebanyak 25 peratus. Pada 2024, jumlah eksport kenderaan Jepun ke Amerika mencecah 6.0261 trilion yen (kira-kira AS$41 bilion), iaitu 28.3 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport Jepun ke negara itu.
Menurut Persatuan Pengeluar Kenderaan Jepun, kira-kira 1.37 juta kenderaan dieksport ke AS pada 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#tarif AS
#Shigeru Ishiba
#industri automobil Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami